Thursday, November 26, 2015

Tentang Kelahiran Permata Hati Pertama

Hai semua........

Finally selepas 2 bulan bersalin baru boleh nak update blog!

Biasalah, hidup berubah serta merta lepas kelahiran permata hati ni. Terus jadual hidup aku berubah..


Alhamdulillah aku selamat melahirkan pada 21 september 2015 hari tu. Bersalin normal tapi kena induce. Sebab apa induce? Sebab kata doktor baby aku kecik.. Ikut medical term, doctor classified my case sebagai IUGR or SGA. Kalau nak tahu sila la google. Aku malas nak hurai sangat sebab masa aku dapat tahu pasal IUGR and SGA, aku google and research..and aku sangat la takut apa-apa jadi kat baby ni masa tu...sobsss

Anyway, sebagai kenang kenangan aku nak la tulis serba sedikit pasal kelahiran anak pertama ni. Nanti dah besar anak aku tu, boleh aku baca balik hehe.
-
-
-
-
-
-

Pada 34 weeks, aku ada check up dengan klinik kesihatan. Masa scan, doktor cakap baby dalam perut kecil, parameter saiznya jauh beza dengan minggu 34 tu. Sepatutnya parameter saiz baby dalam plus minus 2 minggu. Masa tu saiz baby aku menunjukkan usia dia baru 31 minggu. Doktor kat klinik tu refer kan aku ke klinik pakar di hospital kulim.

Temujanji dengan pakar kat hospital kulim tu seminggu kemudian, iaitu pada minggu ke 35. So, masa tu details scan doktor pakar pun jelaskan yang baby memang kecil. Bila plot graf, pembesaran baby dalam perut aku ni tidak mengikut parameter sepatutnya. Doktor pun jadualkan suruh aku datang buat details scan setiap minggu sampai bersalin. Sambil-sambil tu doktor pesan supaya aku rekod baby movement dalam buku merah tu. Baby movement masa tu sangat penting,,kalau rasa ada tak kena doktor memang pesan cepat2 ke hospital. Masa minggu 35 ni juga doktor bagi suntikan Dexamethasone Phosphate tu, sebab kot2 bersalin awal.

Minggu ke 36 pergi lagi check, alhamdulillah berat baby naik walaupun masih bawah graf sepatutnya. Pastu minggu ke 37 pergi lagi scan, berat baby tak naik la pulak. Average sama je dengan minggu sebelumnya. Air ketuban ok, tapi doktor risau baby dah terus tak membesar dan tak dapat makanan.

Lepas doktor tu bincang2 dengan boss dia, diorang pun buat keputusan untuk aku bersalin pada 38 minggu. Sementara dari minggu 37 nak ke 38 tu aku kena buat CTG hari-hari untuk pastikan baby sihat aktif. Jadi, setiap pagi selama seminggu aku menapak la ke hospital kulim untuk buat CTG. Alhamdulillah CTG setiap hari cantik je... dan baby movement pun ok.

Cukup minggu ke 38 tu, pada hari ahad 20/09/15 aku pun admit la ward untuk bersalin. Sebab dah tahu awal-awal aku kena induce, memang banyak aku baca pengalaman2 orang lain. Memang ramai sangat cakap induce lagi sakit dari bersalin normal. Aku pun bersedia mental untuk sebarang kemungkinan kononnya hehe.

So, 20/09 tu dalam jam 11.15am aku induce ubat pertama. Doktor check petang tu tak ada bukaan. Tapi doktor tak terus induce ubat kedua sebab masa tu dah lepas office hour katanya. Aku pun tak tau la pasaipa kan. Prosedur la kot. Malam tu aku ada la sikit2 sakit ala-ala senggugut tu. Tidur pun tak lena mana melayan sakit tu hehe.

Esok pagi 21/09 dalam pukul7 gitu masuk ubat induce untuk kali kedua. (Masuk ubat induce maksudnya ubat tu dimasukkan ikut bawah la ye puan2 hehe). Dalam pukul 12 gitu aku rasa macam air keluar. Doktor check memang air ketuban dan masa dia check tu air ketuban tu pun keluar dengan lajunya. Taktau la dia pecahkan ke apa. Lupa tanya haha. Masa tu bukaan baru 2cm.

Lepas pecah air ketuban la baru contraction tu dirasai. Dan nurse datang pasang mesin CTG. After few graphs, CTG tu tetap tak nampak cantik. Doktor masa tu risau dah. Dia check bukaan 3cm (masa tu dalam pukul 3pm). Sebab CTG tak berapa cantik tu grafnya, dia diskus2 dengan pakar melalui telefon and nak propose aku masuk operation masa tu. Sambil doktor tu diskus dengan pakar tu, sorang doktor pelatih ni continue CTG lagi dan masa tu graf CTG makin cantik.

Bila doktor tadi dah habis diskus, dia datang kat aku cakap aku kena operate ni, sekarang jugak. Aku pun ok je redho haha..lagipun masa tu sakit jugak. Aku dalam otak pikir bagus la operate, habis cepat sikit sakit hahahaha. Sungguh bengong aku masa tu. Takde sangat pun pikir pasal baby dengan CTG tak cantik tadi. Duk pikir sakit aku je.

Lepas dia cakap aku kena operate tu, doktor pelatih bagitau yang CTG dah ok..mungkin tadi graf tak cantik sebab poor contact..bukannya ada masalah pada baby. So masa tu pukul 4 lebih kot, doktor tadi pun suruh aku masuk labour room...Pukul 8.34pm selamat aku bersalin secara normal ditemani suami dan seorang bidan. Alhamdulillah.

Memang bidan/nurse tu sorang je handle kes aku sebab katanya masa tu ramai ibu2 yang bersalin. Tu yang doktor tak ada kat semua bilik bersalin kot. Tapi aku tetap bersyukur sebab Allah makbulkan doa aku untuk bersalin dengan staff perempuan je. Dah la nurse tu pun baik je, penuh keibuan. Alhamdulillah :)

Baby girl aku lahir pada minggu ke 38 dengan berat 1.99kg. Lepas je lahir dia kena admit ward SCN sebab katanya berat tak cukup 2kg. Alhamdulillah lepas check semua ok, cuma baby kena tahan sampai  hari ke 3 sebab ada jaundice. So aku sebagai si ibu pun duduk lagi kat hospital dengan baby. Dan hari ke 3 (24/09/15)  baru lah boleh discharge dengan baby. Dan 24 hb tu adalah hari raya haji mek oiiii. Kihkih. Sian suami dan mak aku beraya kat hospital dengan aku.

So gitula pengalaman nak melahirkan anak yang pertama ni. Aku pun tak sangka yang perjalanan kehamilan aku tak se smooth yang aku inginkan. Mungkin la ini dugaan untuk aku dan alhamdulillah aku berjaya tempuhi dengan sokongan suami dan keluarga. Dan yang penting baby Afrah Kamila berjaya dilahirkan dengan selamat dan sihat sempurna. Itulah yang paling penting :)

Sekarang kan tengah viral pasal servis hospital kerajaan. Pengalaman aku di hospital Kulim? Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Dari doktor ke doktor pelatih ke nurse nurse, diorang semua baik je. Mintak tolong apa-apa pun senang. Yang penting kita sendiri pun kena la baik-baik dengan diorang. Perlakuan positif akan menghasilkan reaksi positif kan.

Sakit ke induce? Aku tak tahu la sebab aku tak pernah bersalin normal. Dah nama pun ni first time kan hikhik. Sakit tu memang la sakit. Tapi taktau la kalau tak induce, sakitnya kurang ke apa haha.

Oh ye, ada rezeki untuk anak-anak seterusnya pulak aku mungkin nak cuba hospital lain pulak kot. Sebab prosedur hospital kulim hanya bagi suami teman dalam labour room bila dah dekat-dekat nak bersalin. Dah 10cm bukaan baru diorang panggil suami masuk. Jadi, dari 3cm ke 10cm tu memang sendirian berhad la menahan sakit huhu. Masa tu aku memang perlukan suami di sisi. Namun tetap la aku bersyukur suami ada masa proses meneran tu hehe.

Alhamdulillah. Allah bagi peluang merasai proses bersalin normal... Aku doakan bakal2 ibu yang sedang menanti akan diberikan peluang ini juga...insyaAllah :)

Saturday, September 5, 2015

Nota Ringkas - Suntikan

Ahaaaa, masa belajar dulu dari sekolah ke universiti memang aku suka buat nota ringkas. Sekali la dengan peta minda tu. Buat dengan pen and marker kalerful gitu. Serius jadi semangat nak study. Tapi tak dapat juga anugerah dekan. Haha.

Ni nota ringkas kat blog ni aku saja nak catit pasal sikit-sikit benda yang aku cuba nak ingat pasal pregnancy journey aku. Mana tahu berguna untuk masa akan datang, atau mungkin berguna untuk puan-puan yang rajin google pasal pregnancy kan hehe. Ni aku nak catit pasal suntikan yang aku kena so far (until 35weeks).

1. Suntikan Untuk Kuatkan Rahim (awal kehamilan)

Ni serius aku tak pasti nama ubat yang digunakan tu. Aku ambil suntikan ni masa 6weeks. Pergi klinik sebab ada bleeding sikit. Doktor suggest untuk ambil suntikan ni, dia kata untuk kuatkan rahim sebab bleeding tu maybe jugak awal-awal kehamilan rahim tak kuat sangat. Ambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Ni cucuk kat vuntut aka punggung. Hehe. Tak sakit mana pun. Lupa nak tanya doktor apa nama ubat tu. Kalau korang tahu sila la share ye.

2. Suntikan Dexamethasone Phosphate

Yang ni tujuan dia untuk mematangkan paru-paru baby. Selalu ibu-ibu kena ambil kalau ada risiko kelahiran pra-matang yang sangatla aku harap tak akan terjadi. Sekarang almost everyday aku doa baby dalam rahim ni bakal lahir full term. Doakan aku sekali ye korang :) -Thanks!

Yang ni last week aku ambil (weeks 35). Dia kena cucuk 2 kali dalam masa 12jam. Serius lepas jumpa doktor semua and tahu kena cucuk ubat ni, aku ready je la kan. Anything for the baby kan. Masuk bilik untuk nak cucuk kali pertama, nurse pun pesan siap-siap masa nak cucuk "ramai kata sakit cucuk ubat ni,,, tahan la sikit ye"... So, kena la cucuk aku lepas tu. Dekat punggung jugak. Sakit la sikit, tapi alhamdulillah boleh bertahan je. "I am strong" - ni la ayat aku duk ulang banyak kali dalam minda aku hehe.

Lepas 12jam...kena pergi sekali lagi hospital untuk cucuk kali kedua. Cucuk kat sebelah punggung satu lagi. Kalau tadi mula-mula tadi kanan, yang kedua ni kiri pulak.

Lepas kena cucuk kali pertama dan boleh balik, baru aku google pasal suntikan dexa ni. Hahahaha. Mostly ramai review kata sakitttttt sangat. Barulah tahu sakit ye rupanya. Sakit la jugak, tapi kejap je sakitnya. So kalau korang dah tahu kena cucuk ni, tak payah risau ye. Ibu-ibu kan kuat (#supergirls)





Jadinya dah 3 kali la vuntut aku kena cucuk sepanjang hamil ni haha. Mintak-mintak takde dah la lepas ni. I am praying for the smooth delivery je la untuk pasni. Kita serahkan semuanya pada Allah sambil buat apa-apa yang patut kan.

Ok, nanti rajin aku buat nota ringkas pasal benda lain pulak. Tataaaaa


Wednesday, August 19, 2015

Update la sikit

Assalamualaikum. Salam hari Khamis.
Esok Jumaat. Jumaat dan Sabtu cuti kat sini, tapi aku tak cuti la pulak kikiki.

Lama betul jarak masa antara satu-satu post kat blog aku ni. Last post sebelum yang ni masa awal Ramadhan hari tu. Ni Syawal pun dah habis. Tak sempat la nak sembang habaq sikit pasal raya kan haha.  Tapi bukan ada apa sangat pun pasal raya nak cerita.

Cumanya, raya hari tu aku balik raya kampung aku dulu. Pastu family aku ada buat majlis solat hajat sikit untuk aku yang bakal melahirkan ni hehe. Pastu raya ketiga balik kampung belah suami pulak. Gitu-gitu je la ceritanya. Bosan pulak aku baca wahahaha.


Sekarang kalau ikut LMP aku dah masuk 33 weeks. Ya Allah, gusar dalam hati ni Allah je la yang tahu hehe. Tapi kawan aku cakap jangan la fikir sangat. Doa mintak hati tenang je. Bila tiba masa nak bersalin tu insyaAllah dipermudahkan... kita2 ni dah ada bahagian masing-masing ditentukan Allah. Sakit lama ke kejap ke, whatever la kan. Yang penting kita doa Allah sentiasa bantu kita. Gitulah nasihat kawan aku yang merupakan supermom kepada tiga orang anaknya hehe.

Anyways, korang yang baca ni, doakan la semuanya selamat untuk aku ye. Terima kasihhhh mmmuah3.

So...dah tinggal beberapa minggu je lagi ni aku sebenarnya macam-macam dalam fikiran dan hati ni plan. Like I need to do solat taubat and hajat and dhuha everyday. Read quran as much as I could. Read about breastfeeding. Research about babies development. Bla bla bla. Did I do all of those things? Haha... Let me keep it between me and Allah ajelah,,, nanti riak (padahal nak cover kemalasan diri kan)

Aku ingat aku nak coret-coret pasal pregnancy aku sikit kat sini sebagai memori untuk aku baca di masa akan datang. Tapi bila aku bukak je blog ni, aku tak tahu nak coret apa sangat haha. Takdok ciri-ciri seorang penulis gamaknya.

Takpe, nanti aku rasa nak tulis aku kembali lagi kat sini ye. InsyaAllah....

Baiiiiii




Saturday, June 20, 2015

Ramadhan Pertama

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah sudah 4 Ramadhan hari ni. Macam mana puasa korang? Puasa semata lapar dan dahaga saja ke? Atau telah mencapai  tahap puasa mukmin sejati? Ewahhh hehe.

Tahun ni tahun pertama aku puasa bersama suami. Sebelum ni PJJ...jarang-jarang dapat sahur dan iftar sama-sama. Tahun ni juga pertama kali puasa dengan membawa si kecik dalam rahimku ini. InsyaAllah harap dapat puasa penuh. Kena selalu ingatkan this little munchkin yang ibunya kena puasa sebulan ni. Kesian jugak kalau-kalau dia kelaparan dalam perut tu hikhik.

Dan tahun ni juga tahun pertama jalani puasa sebagai seorang stay at home wife. Jadi, senang la nak urus masa untuk masak sahur dan iftar. Tapi, tak ada la meriah sangat aku masak pun. Sekadarnya sudah la. Kalau dah meriah sangat, membazir pulak. Dah sia-sia pulak Ramadhan kan.

Banyak benda jadi tahun pertama untuk Ramadhan aku tahun ni. Maka, aku terus buat tajuk post aku kali ni sebagai "Ramadhan Pertama".... Cliche much hehe.

Jadi, sebelum mengakhiri tulisan kali ni, aku nak ucap selamat berpuasa tahun ni. Semoga bukan puasa lapar dan dahaga semata. Banyak-banyak dengar tazkirah atau ceramah agama bulan Ramadhan ni. Kurangkan ke bazar Ramadhan (eh?). Ni semua pesanan untuk si penulis ni sekali.

Ok baiiiiii........



Tuesday, June 2, 2015

Baju Raya

Eh eh eh....belum lagi Ramadhan dah nak cerita pasal raya ke? Pasal baju raya pulak tu.

Astaghfirullah... Bukan lah aku nak beria sangat pasal raya hehe. Tapi kali ni nak cerita sikit pasal kedai online aku hehe.

If you must know, I have been working with my lovely husband building up our own online shop. Bukan lah besaran sangat, tapi tetap kena gigih jugak sebab sumber rezeki jugak kan hehe.

Our online shop

facebook: Rexylla
instagram: @rexylla
blog: rexylla

So sebab dah nak dekat puasa ni, kami pun macam online shop lain pulun untuk baju raya. Tapi kami takde keluarkan koleksi kurung. Buat masa ni lebih kepada koleksi jubah, dress, dan blouse. Blouse dipadankan dengan skirt cantik memang sesuai sangat untuk suasana raya tau. Ewahhh....





Above are some of our collections. InsyaAllah more to come,and we promise to select the best design and material. Hikshiks.

Sepanjang puasa nanti pun kami akan adakan banyak sales. So, boleh la stalk kami selalu =P

Takmau tulis panjang-panjang sangat sebab lagi best kalau korang terjah terus facebook atau instagram atau blog Rexylla tu. Lepas tu pilih mana 1 nak beli. InsyaAllah korang akan dapat layanan mesra kami. Terbukti dari testimonials customers kami ni tau hehe.

All in all....selamat bersiap sedia untuk Ramadhan ye korang. Jangan fokus pasal raya lebih-lebih sanga. Rugi nanti terlepas keindahan Ramadhan.


Monday, June 1, 2015

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

Assalamualaikum semua..... Sekian lama tak join giveaway blogger ni. Tiba-tiba hari ni rajin rasa nak join.
Semoga ada rezeki. Amin ;)

Jom la kalau you all nak join giveaway afidah ni ;)

http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/05/1st-segmen-giveaway-by-afidah-azmi88.html

Syarat nak join segmen dan giveaway ni mudah jer kot..


  • Buat entry dengan tajuk "1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88 "
  • Blogger dari Malaysia yer..yang luaq negara tu...susah sikit kot nak post giveaway..
  • Backlink kan burung hantu tu..
  • Wajib follow IG afidahazmi88 /  Blog Afidah Azmi88 .....[ Kita dah follow dua2 tau afidah...IG name kita adiaruz_zuraida :) ]
  • Tarikh tutup penyertaan adalah 27 June 2015 jam 11.59 pm

Monday, May 18, 2015

Siti Hajar

Assalamualaikum bloggggg.....dan pembaca bloggggg


Wah dah bulan 5 sekarang. So baby dalam perut aku pun ada la lebih kurang nak masuk 5 bulan jugak. Sekejap pula rasa masa berlalu kan. Sampai lupa aku nak update blog haha. Tak ada lah, bukan lupa pun. Tak ada idea sebenarnya. Sobsobsob.

Hormon mungkin.

Ini lah perempuan mengandung, semua nak libatkan hormon kan. Rileks-rileks sudah boleh tak? Haha.

Well oh well...update on my pregnancy? Nothing much that I would like to share here. Only that everyday I pray to Allah that He will protect and take a very good care of this baby. InsyaAllah.

Cuma nak cerita sejak mengandung ni aku selalu sangat-sangat ingat dekat mak aku. Semua benda aku buat, mesti aku teringat pasal mak aku.

Aku ada rasa teringin nak makan apa-apa, mesti kebanyakannya yang mak aku selalu masak kat rumah sana.

Aku tengah masak apa-apa, mesti teringat masakan mak aku...cara mak aku masak...rasa masakan mak...ahhhh semua lah.

Aku sickness teruk masa awal-awal dulu, teringat mak aku jaga masa demam. Dan-dan rasa nak balik kampung betempek dengan mak masa tu. Tapi jawatan isteri siapa nak galas kat sini? Takkan nak suruh suami buka vacancy lain.

Aku dilanda masalah apa-apa, aku terfikir macam mana mak aku handle masa dia hadapi semua tu dulu. Sebab rasa masalah aku hadapi tu sikit-sikit sama dengan mak aku pernah struggle dulu. Tapi versi aku lebih mudah. Yang ni bila ingat memang aku kagum sekagumnya pada mak aku yang sangat la kuat menghadapi sebarang masalah. Sekuat Siti Hajar semasa ditinggalkan berdua dengan anaknya Nabi Ismail di padang pasir tandus. Sebab tu la nama mak kita Siti Hajar tauuuu

Kadang-kadang boleh nangis-nangis bila teringat dekat mak tu. Sensitif amat haha.

Rasa nak ajak suami pindah duduk dekat dengan mak aku je. Senang, tak payah balik kampung dah. Berkampung kat situ je.

Aku syak mak aku pun mesti teringat lebih-lebih kat aku sekarang ni haha. Apa kita panggil tu...telepathy. Hehe. Tapi anak dia yang lain-lain dia tak de la lupa pun. Sebab aku tau kasih mak aku tak pernah berbelah bahagi.

Aku harap aku sekuat Siti Hajar juga. Amin